The Power of Love

The Power of Love

Thursday, 22 January 2015

Misunderstanding - Bila tiada lagi kepercayaan

Sayang: x men... susah nak download. internet slow.

ARIES + AQUARIUS = 2 AQUARIUS + ARIES = 2
NOMBOR 2 - SALING MEMAHAMI
Dalam sesebuah perhubungan, sikap saling memahami amat penting. Bukan saja ia dapat membantu kita memahami si dia tetapi turut mengekalkan hubungan agar bertahan lama. Tetapi ia bukanlah hanya di sebelah pihak sahaja tetapi kedua-duanya juga perlu memainkan peranan yang penting dalam menjaga hubungan. Walaupun kamu mempunyai prinsip tersendiri tetapi ia bukanlah alasan untuk kamu mementingkan diri sendiri. Jangan kerana prinsip itu membuatkan ia menguasai dirimu. Mungkin komunikasi yang baik mampu memberi kesan yang positif terhadap perhubungan. Cuba berterus terang jika berlaku salah faham dan kekalutan. Jangan dipendam di dalam hati kerana bila sudah banyak terkumpul manalah tahu suatu hari nanti ia akan meletup! Dari berlaku perkara yg tidak diingini lebih baik bertindak dulu. Tapi berpada-padalah agar apa yang kamu lakukan tidak melukakan hati si dia.

Abang: Thanks sayang. Info yang berguna untuk hubungan kita. Abang akan cuba meminimakan kesilapan yang selama ini abang lakukan pada B. Abang sayang sangat kat B. Mungkin sikap abang ni sukar untuk diubah, tapi abang akan berusaha. Abang x anggap ada perkara remeh dalam hubungan kita, walaupun tido lambat. Abang bukan nak menipu B, tapi risau kalau B risaukan abang. Abang lurus, abang x anggap merisaukan B adalah perkara remeh. Abang bukan menipu B untuk keburukan, tapi untuk kebaikan B. Abang x wat perkara yang memudaratkan. Abang wat perkara yang menghancurkan hati B. Abang nak jaga kesihatan B. Memang B akan fikir masalah dalam tempoh yang singkat, tapi x bagi abang. Abang nak jaga B sebaik mungkin selagi abang berada dibumi ini. Bukan niat untuk mengecewakan B. Abang sayang sangat kat B. Harap B x amik hati atas per yang abang wat selama ni. Segalanya-galanya kerana ingin menjaga kesihatan B.

Sayang: abg, kalo nak men fb, men je... tapi x payah la bg no fon... sbb b x pnh wat mcm tu...

Abang: abg dh bgn lama dh... time B call tgh berk... hp krdt dh xpired...

Sayang: oic... senyap je... igt nape...

Abang: B nak msg ker nak chat?

Sayang: chat je la... tetibe offline,then on balik. mayb chat dengan org len. k r. bye.

Abang: abg dh bgtau td line bar low... Td trus xde. dhla kalo xpcy. k r. bye

Sayang: so skrg men mesej dgn sape. b tgk abg on9 tapi x mesg b pun. da r gi ar men.

Abang: msg abg pun B xbls tb2 nak ngamuk plak apsal.... dh r. Lagi bgs kalo abg offline trus. bye n truskanlah tuduhan yg bukan2 pd abg. jgn sampai jd btl2 t baru nk nyesal.

Sayang: b mandi td. solat. so skrg ada org len ar. ok. b undur diri... sorry for evrything... semoga bahagia...


Abang: abg yg patut ucapkan 'Selamat Berbahagia' pada B. Abg xpnh buruk sangka pada B, tp pe B wat pd abg? Jelaskan skang!
pe2 pn abg mintak maaf kalo abg wat silap selama ni pd B n harap B bahagia dgn cara B. Abg xwt mcm per B ckp. Tp B xnak sedar, terpulang. Abg xske B tuduh abg atas perkara yg abg xwt. bye

Sayang: jgn sampai jd btl2 t baru nk nyesal. thats ur word... salmeza pegang ia. org yang xkan buat dia xkan cakap mcm ni.

Abang: ape hal pulak. B yg tuduh bukan2. Mmg B nak camtu. Mmg abg cakap camtu sbab B xpcy dgn abg. Puas ati? Tmbh r lagi kesulitan hidup abg. Abg suka sgt B tuduh abg bukan2. Kalo abg wat btul2 pun memuaskan hati B.
Pikir guna otak. Cakap biar berasas. Mulut jaga. Jgn nak men serkap jarang. Atau B yg takut dengan bayang2 sendiri?

Sayang: Atau B yg takut dengan bayang2 sendiri? pepun mksd n kata2 abg, terpulang. i'm so sorry.i dont want fight again and again. so up to me...
up to u too if u interested to fight. i dont want involve
Abang: Abg atau B yg mulakan? So? Abg yg salah ke bila dituduh x berasas? Jgn fikir yg bukan2 psl abg. Abg xbuat,jgn mintak abg buat. Kalau B nak perhatian, bukan dgn cara ni k,syg. Cari cara len. Abg sygkn B. E2 pun kalau B nk percaya.

Sayang: Assalammulaikum
1st of all, thanks 4 everything... halalkan makan minum i, maafkan segala salah silap i. sebelum i pergi, just nak bagitau, jgn suke cari kesalahan org lain tanpa toleh pada diri sendiri. cukuplah segala pe i yang pernah berikan. i halalkan sume dr segi makan minum, duit u pinjam, pakaian, n duit kursus kawin. i dah xnk hidup dgn u. coz i x nmpk u bersungguh2 nak kat i walaupun u cakap i x faham u n x nmpk usaha u. sepertiyang u minta, i akan lepaskan u pergi. i akan buang u dari i. n u adalah org yang pernah i cinta. antara kita 0-0. xda hutang, xda salah yang perlu dimaafkan. seperti kata u, i xfaham u walaupun i cintakan u kan. i takkan faham u lagi lepas ni, fahmi. teruskan hidup u. i akan tunaikan permintaan u utk cari org yang senang. iakan sambut cabaran u. buat masa ni i belum lg jadi milik org. bebaskan i. akhir kata, selamat tinggal.kita bercinta secara baik, biarlah kita putus secara baik. i xkan ganggu u lagi.

Abang: I pun mohon ampun dan maaf atas aper yg berlaku. U mmg xrasa jerih payah i mencari duit utk kita kahwin. Pernikahan u adalah atas kehendak u bukan i. Fammily u pun dh accept org kedua tuh. Semoga u dapat ketenangan yg u impikan. i xkan pnah lupa yg i terlalu sygkan u sehingga i terlepas u semasa i berusaha. Selamat bertunang & selamat berbahagia selalu. Amin...

Sayang: better x payah cakap mcm tu, coz y? usaha u memang ada, tapi kesungguhan u, xda. kalo betul u nak i, juz say u nak tunang,n bila masa. give me a date. i sanggup sponsor all things n majlis utk pertunangan kita. but what can i say, u juz waiting n waste the time. i need ur support but all the things in our relationship, only i decide the decision. where r u? think about it. btw, i xnk kusutkan keadaan n sakitkan hati u. jgn babitkan family i dah terima org kedua atau tidak. sampai sekarang xda org datang masuk minang. n u jgn nak tabur fitnah pe2 pd kawan2, family u n who else. all the reason coming because of u. lupakan i coz u memang x nk memiliki i. tiada kesungguhan. finally, thanks for ur wish. wslm.
  
Abang: U ckap apa sebelum ni? U xnak U plak yg tanggung hidup suami u pas kahwin kn? So,what can i do? Just work hard. U pn xpnah cakap per2. I call mak u, dia cakap sabtu ni ada orang nak datang. Fine. I segala punca masalah ni, bukan U. I manusia biasa yg berusaha utk U. Tapi U buta selama ni. Xpela, seribu kali I buat baik, bila masanya terbuat atau berlaku sedikit kekurangan pada diri, e2 yg U nampak sampai mati. U pun memang xnak kt I. Kalo btul U nak tolong, xpayah nak main wayang masa saat genting masa I tengah pening kepala cari duit. Jangan nak berlagak bila baru dapat pegang duit. Bye. Happy always.


Thursday, 6 March 2014

Bab 4 - Saudara Mata Nakal

Kusut betullah hidup aku akhir-akhir ini, kata Min.

Agak kau kenapa?, disahut Khai yang sedari tadi berdiam diri.

Aku tak selesa la duduk sini, semacam tak kena je, tolonglah aku. kita tukar tempat, serabut betul jiwa Min.

Eh, tak nak la aku.

Bermula pada hari itu, Min bertahan sehinggalah sampai suatu ketika bila amarah menguasai diri.

Allahuakbar.


Secebis buku latihan sekolah di bahagian belakang di koyakkan penuh rakus. Pen dicapai. Niat di hati harus diutarakan. Jika tidak hidup Min jadi tak tentu arah.

Assalammualaikum,
Hai saudara... Boleh tolong jangan pandang aq. Rimas la. aq tak boleh belajar dengan baik. Mata ko rosak ke.

Suratku terbiar sepi tanpa balasan.

Mamat bajet betul la.

----------------------------------

Shafit boleh tolong aku tak?

Kenapa?

Ko cakap dengan dia, aku nak jumpa waktu rehat tepi lorong ke kantin. 

------------------------------

ring... ring... ring... Waktu rehat bermula...

masa yang ditunggu telah tiba. Min sungguh tidak sabar Iingin meluahkan ketidakpuasan hati yang membelenggu sejak kebelakangan ini.

Biar gelodak di jiwa terlerai...

Rasa geram terhambur...

Hmm, berani juga ko datang, kata Min di dalam hati.

Assalammualaikum...

Walaikummusalam, dengan nada agak tinggi tanda protes.

Aku nak cakap sikit la, boleh tak jangan pandang-pandang lagi dalam kelas, kata Min pedas.

Nak belajar pun susah. Kalau suka kat K cakap jer la.

Sememangnya Min seorang gadis yang agak kasar perwatakkannya.

Tanpa jawapan Min berlalu pergi dengan muka masam.

Terlerai dendam yang baru bertunas.

Bersambung...


Thursday, 20 February 2014

Bab 3 - Keserasian

Jarang sekali Mak Ai mengejutkan anak gadisnya untuk ke sekolah. Dari kecil, Min terbiasa berdikari untuk mengikut Maknya ke kebun. 

Seusia 2 bulan, Min telah biasa dengan gigitan nyamuk, libasan tajam si lalang liar dan di tinggal di tengah kebun.

Kesian mak, fikirannya menerawang.

Dah siap Min? Mak da sediakan sarapan di atas meja.

Sebagai anak yang tak pernah melawan kata ibu yang mengandungkan selama 9 bulan, Min tak pernah mengungkit jika hanya lempeng berinti gula menjadi alas perut sebelum ke sekolah. 

Lincah... Genit... Itulah Min Zehra.

Min lebih suka ke sekolah berbanding waktu cuti di rumah. Hatinya sentiasa teruja untuk ke sekolah kerana Min ingin melupakan parut tali pinggang dan kesan tendangan yang berbekas di hati.

Ah fikiran ini masih dihantui. Persetankan.

Bas dah nak sampai tu, cepat sikit.

Baik mak. Tangan yang kasar dan pipi lembut itu dicium. 

Damainya, Min sayang mak, terluah di dalam hati kecilnya.

tak cukup masa berdrama, Min berlari mendapatkan bas.

7.30 pagi...

Berlari pula dari bas stop ke sekolah. Tetapi tidak pernah mengeluh.

Sejak awal Min masuk kelas 1B bersama-sama teman rapat, segalanya nampak normal. Min duduk di barisan paling hadapan di tepi pintu. memudahkan pelajaran menusuk di otak yang sedikit lambat.

Hampir dua bulan, Tiba-tiba jiwa remajaku seakan tidak enak  apabila terasa ada mata nakal memerhati.

Kot ye pun kan jangan lah pandang macam tu, kata Min dalam hati. 

Gangguan sungguh. setiap kali mata nakal itu memerhati, Min seakan tidak selesa dan terus mencuit temannya, Khai.

Khai,  mamat tu pandang kau la. Dia nak ngorat kau, kata Min tanpa rasa bersalah.

Beriyalah minah ni pusing belakang kerana Min pun tak tahu mamat ni pandang siapa.

Di kalangan teman--teman, Min seorang yang suka menggusik. 

Kadangkala Min dianggap ketua geng yang suke nyakat orang tetapi gayanya dalam lembut tetapi keras hatinya. 


Berlalu selama 2 minggu Min biarkan perkara ni berlanjutan. 

lantak pi la dengan mamat mata nakal tu yang sering buat aku tak selesa, Kata Min.

Jika ada garfu di tangan pasti akan ku cungkil matanya. 


Bab 2 - Takdir Ini

Min tidaklah seperti remaja yang lain. Dibenarkan keluar rumah hingga ke lewat malam. Masa yang ada jika tidak di sekolah, Min habiskan di bilik peribadi kerana Min salah satunya anak perempuan dalam keluarga. nak kata dimanja tidak juga.

kerna sejak kecil Min dipukul hingga tangisannya menjadi tak bernilai. bila mak bapak ke kebun, jika Min berjalan ke rumah jiran perempuan bermain pondok pondok, balik rumah pasti tendangan dan tali pinggang hinggap di badan dipukul oleh abang-abangnya. Min dianggap pemalas kerana jika tidak melakukan kerja kerja rumah seperti membasuh pinggang atau menyapu.

Sakit... sakit, rayuan Min.

Tetapi ia tidak diendahkan.

Ah, da biasa tubuh kecilku dihenyak, tulang belakangku disepak. seperti aku bukanlah dari daging mereka.

Aku hanya berdiam.



dendam yang bakal aku bawa hingga tiba titik akhir hidupku, kata hati kecilnya. 

Pernah suatu ketika umur Min 10 tahun, tika dia bermain masak-masak pasir di belakang rumah, Min dipanggil dan sesampai di rumah.

Kau nak jadi bohsia ke? 

Dah tak reti nak duduk rumah?

Berjalan je kau, katanya abangnya.

Disergah sebegitu menyebabkan Min terdiam kaku. 

Sekali lagi badan yang agak kecil diselar dengan tali pinggang.

Dosa apakah anak kecil sepertiku dipukul seperti ini, rintihnya di dalam hati.

Dipanggil bohsia yang kerjanya hanya berkeliaran di luar rumah. hidup Min sedari kecil tidak seperti kanak-kanak lain. selepas habis mak berpantang Min dibawa ke kebun kerana dia hanya menyusu badan. tika mak menoreh Min di tinggal di tengah kebun getah di dalam buaian.

dunia kecilnya yang tak mengerti apa-apa sehingga ubat nyamuk lingkar menjadi makanan tika lapar menunggu mak siap menoreh.

anak-anak sekarang merasa gigitan nyamuk dan agas sepertiku.

Ah persetankan.


Bab 1 - Keindahan Zaman Remaja

Mengimbas detik hampir 13 tahun lepas... tika itu Min Zehra masih di bangku sekolah. riang ria remaja bilamana pelajar kampung sepertinya berpindah ke sekolah menengah di kawasan bandar. berbekal keputusan upsr yang tak berapa nak ok, hanya 2a3b Min didaftarkan ke sekolah menengah oleh ayah. alhamdulillah, bff masa sekolah rendah ditempatkan sekelas.

Bercermin mata dan berwajah polos, sukar didekati, itulah watak Min Zehra. Lebih senang bergaul dengan rakan-rakan sekampung.



ya, bermulalah dunia remajaku, kata Min di dalam hati...

Khai, aku nak duduk sebelah dalam ye, kataku kepada sahabat baikku. 

lebih tersorok daripada tempat lain, kiranya tempat paling strategik untuk aku belajar dengan tenang. 

Min memilih duduk di sebelah rakanku di kelas 1B berhampiran tangga. agak janggal bila terpaksa berkongsi kelas dgn kaum india dan cina. kejutan budaya, pasti. 

Min agak kurang bercakap dan bertegur siapa dengan orang. di rumah dia tiada adik beradik perempuan. ibu menjadi teman dan pendamping. di sekolah juga dia hanya pergi ke mana-mana bersama geng kampung. keadaan yang begitu membuatkan aku sering dikatakan sombong... 

ah peduli apa... janji aku bahagia, katanya.

di hari pertama, Min diperkenalkan dengan guruku yang padaku dia cukup cantik dan lembut. namanya Rohani bt Pungut. Min selesa dengannya.

masuk sebulan Min bersekolah di tingkatan 1, Min mula dapat membiasakan diri, terpaksa berhimpit2 di dalam bas sekolah yang terkenal dgn panggilan bas bombay.

Min begitu meminati matapelajaran sejarah yang diajar oleh cikgu Roslan. dan sesuatu yang menakjubkan Min menyukai tulisan cantik yang sering melingkari papan hitam di hadapan kelas. selain itu, cikgu roslan pandai menggunakan kelebihan beliau menulis dgn tangan kiri dan kanan.

Wednesday, 19 February 2014

Pendahuluan


Min Zehra - perempuan kampung yang dilahirkan dalam keluarga peneroka di kawasan Felda. Seorang perempuan yang ringkas tetapi inginkan kehidupan yang sempurna. Dia mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dalam setiap aspek kehidupan. Bertungkus lumus untuk berjaya sehingga dia mampu berdiri di kaki sendiri. Berpandangan jauh serta optimis dalam apa yang direncanakan dalam hidupnya.

Zain Fahri - anak tunggal daripada pasangan suami isteri yang hidup juga sederhana. Bapanya seorang guru, ibunya hanya berniaga dari rumah. Dibelai manja sedari kecil sehingga kehadiran adik perempuan tunggalnya. Mempunyai badan sasa dan menjadi idaman para gadis di usia remajanya. Berperwatakan aneh dan gemar bersendirian. Kurang berbicara namun mempunyai sepasang mata yang pandai berkata-kata.

Berjayakah cinta mereka hingga ke akhirnya? Badai apa yang melanda sehingga Kisah percintaan pertama yang tidak menemui jalan kebahagiaan, terputus di tengah jalan di antara kerjaya dan percintaan?

*********************************

Penulisanku,

Annur Rhea