The Power of Love

The Power of Love

Thursday, 6 March 2014

Bab 4 - Saudara Mata Nakal

Kusut betullah hidup aku akhir-akhir ini, kata Min.

Agak kau kenapa?, disahut Khai yang sedari tadi berdiam diri.

Aku tak selesa la duduk sini, semacam tak kena je, tolonglah aku. kita tukar tempat, serabut betul jiwa Min.

Eh, tak nak la aku.

Bermula pada hari itu, Min bertahan sehinggalah sampai suatu ketika bila amarah menguasai diri.

Allahuakbar.


Secebis buku latihan sekolah di bahagian belakang di koyakkan penuh rakus. Pen dicapai. Niat di hati harus diutarakan. Jika tidak hidup Min jadi tak tentu arah.

Assalammualaikum,
Hai saudara... Boleh tolong jangan pandang aq. Rimas la. aq tak boleh belajar dengan baik. Mata ko rosak ke.

Suratku terbiar sepi tanpa balasan.

Mamat bajet betul la.

----------------------------------

Shafit boleh tolong aku tak?

Kenapa?

Ko cakap dengan dia, aku nak jumpa waktu rehat tepi lorong ke kantin. 

------------------------------

ring... ring... ring... Waktu rehat bermula...

masa yang ditunggu telah tiba. Min sungguh tidak sabar Iingin meluahkan ketidakpuasan hati yang membelenggu sejak kebelakangan ini.

Biar gelodak di jiwa terlerai...

Rasa geram terhambur...

Hmm, berani juga ko datang, kata Min di dalam hati.

Assalammualaikum...

Walaikummusalam, dengan nada agak tinggi tanda protes.

Aku nak cakap sikit la, boleh tak jangan pandang-pandang lagi dalam kelas, kata Min pedas.

Nak belajar pun susah. Kalau suka kat K cakap jer la.

Sememangnya Min seorang gadis yang agak kasar perwatakkannya.

Tanpa jawapan Min berlalu pergi dengan muka masam.

Terlerai dendam yang baru bertunas.

Bersambung...


Thursday, 20 February 2014

Bab 3 - Keserasian

Jarang sekali Mak Ai mengejutkan anak gadisnya untuk ke sekolah. Dari kecil, Min terbiasa berdikari untuk mengikut Maknya ke kebun. 

Seusia 2 bulan, Min telah biasa dengan gigitan nyamuk, libasan tajam si lalang liar dan di tinggal di tengah kebun.

Kesian mak, fikirannya menerawang.

Dah siap Min? Mak da sediakan sarapan di atas meja.

Sebagai anak yang tak pernah melawan kata ibu yang mengandungkan selama 9 bulan, Min tak pernah mengungkit jika hanya lempeng berinti gula menjadi alas perut sebelum ke sekolah. 

Lincah... Genit... Itulah Min Zehra.

Min lebih suka ke sekolah berbanding waktu cuti di rumah. Hatinya sentiasa teruja untuk ke sekolah kerana Min ingin melupakan parut tali pinggang dan kesan tendangan yang berbekas di hati.

Ah fikiran ini masih dihantui. Persetankan.

Bas dah nak sampai tu, cepat sikit.

Baik mak. Tangan yang kasar dan pipi lembut itu dicium. 

Damainya, Min sayang mak, terluah di dalam hati kecilnya.

tak cukup masa berdrama, Min berlari mendapatkan bas.

7.30 pagi...

Berlari pula dari bas stop ke sekolah. Tetapi tidak pernah mengeluh.

Sejak awal Min masuk kelas 1B bersama-sama teman rapat, segalanya nampak normal. Min duduk di barisan paling hadapan di tepi pintu. memudahkan pelajaran menusuk di otak yang sedikit lambat.

Hampir dua bulan, Tiba-tiba jiwa remajaku seakan tidak enak  apabila terasa ada mata nakal memerhati.

Kot ye pun kan jangan lah pandang macam tu, kata Min dalam hati. 

Gangguan sungguh. setiap kali mata nakal itu memerhati, Min seakan tidak selesa dan terus mencuit temannya, Khai.

Khai,  mamat tu pandang kau la. Dia nak ngorat kau, kata Min tanpa rasa bersalah.

Beriyalah minah ni pusing belakang kerana Min pun tak tahu mamat ni pandang siapa.

Di kalangan teman--teman, Min seorang yang suka menggusik. 

Kadangkala Min dianggap ketua geng yang suke nyakat orang tetapi gayanya dalam lembut tetapi keras hatinya. 


Berlalu selama 2 minggu Min biarkan perkara ni berlanjutan. 

lantak pi la dengan mamat mata nakal tu yang sering buat aku tak selesa, Kata Min.

Jika ada garfu di tangan pasti akan ku cungkil matanya. 


Bab 2 - Takdir Ini

Min tidaklah seperti remaja yang lain. Dibenarkan keluar rumah hingga ke lewat malam. Masa yang ada jika tidak di sekolah, Min habiskan di bilik peribadi kerana Min salah satunya anak perempuan dalam keluarga. nak kata dimanja tidak juga.

kerna sejak kecil Min dipukul hingga tangisannya menjadi tak bernilai. bila mak bapak ke kebun, jika Min berjalan ke rumah jiran perempuan bermain pondok pondok, balik rumah pasti tendangan dan tali pinggang hinggap di badan dipukul oleh abang-abangnya. Min dianggap pemalas kerana jika tidak melakukan kerja kerja rumah seperti membasuh pinggang atau menyapu.

Sakit... sakit, rayuan Min.

Tetapi ia tidak diendahkan.

Ah, da biasa tubuh kecilku dihenyak, tulang belakangku disepak. seperti aku bukanlah dari daging mereka.

Aku hanya berdiam.



dendam yang bakal aku bawa hingga tiba titik akhir hidupku, kata hati kecilnya. 

Pernah suatu ketika umur Min 10 tahun, tika dia bermain masak-masak pasir di belakang rumah, Min dipanggil dan sesampai di rumah.

Kau nak jadi bohsia ke? 

Dah tak reti nak duduk rumah?

Berjalan je kau, katanya abangnya.

Disergah sebegitu menyebabkan Min terdiam kaku. 

Sekali lagi badan yang agak kecil diselar dengan tali pinggang.

Dosa apakah anak kecil sepertiku dipukul seperti ini, rintihnya di dalam hati.

Dipanggil bohsia yang kerjanya hanya berkeliaran di luar rumah. hidup Min sedari kecil tidak seperti kanak-kanak lain. selepas habis mak berpantang Min dibawa ke kebun kerana dia hanya menyusu badan. tika mak menoreh Min di tinggal di tengah kebun getah di dalam buaian.

dunia kecilnya yang tak mengerti apa-apa sehingga ubat nyamuk lingkar menjadi makanan tika lapar menunggu mak siap menoreh.

anak-anak sekarang merasa gigitan nyamuk dan agas sepertiku.

Ah persetankan.


Bab 1 - Keindahan Zaman Remaja

Mengimbas detik hampir 13 tahun lepas... tika itu Min Zehra masih di bangku sekolah. riang ria remaja bilamana pelajar kampung sepertinya berpindah ke sekolah menengah di kawasan bandar. berbekal keputusan upsr yang tak berapa nak ok, hanya 2a3b Min didaftarkan ke sekolah menengah oleh ayah. alhamdulillah, bff masa sekolah rendah ditempatkan sekelas.

Bercermin mata dan berwajah polos, sukar didekati, itulah watak Min Zehra. Lebih senang bergaul dengan rakan-rakan sekampung.



ya, bermulalah dunia remajaku, kata Min di dalam hati...

Khai, aku nak duduk sebelah dalam ye, kataku kepada sahabat baikku. 

lebih tersorok daripada tempat lain, kiranya tempat paling strategik untuk aku belajar dengan tenang. 

Min memilih duduk di sebelah rakanku di kelas 1B berhampiran tangga. agak janggal bila terpaksa berkongsi kelas dgn kaum india dan cina. kejutan budaya, pasti. 

Min agak kurang bercakap dan bertegur siapa dengan orang. di rumah dia tiada adik beradik perempuan. ibu menjadi teman dan pendamping. di sekolah juga dia hanya pergi ke mana-mana bersama geng kampung. keadaan yang begitu membuatkan aku sering dikatakan sombong... 

ah peduli apa... janji aku bahagia, katanya.

di hari pertama, Min diperkenalkan dengan guruku yang padaku dia cukup cantik dan lembut. namanya Rohani bt Pungut. Min selesa dengannya.

masuk sebulan Min bersekolah di tingkatan 1, Min mula dapat membiasakan diri, terpaksa berhimpit2 di dalam bas sekolah yang terkenal dgn panggilan bas bombay.

Min begitu meminati matapelajaran sejarah yang diajar oleh cikgu Roslan. dan sesuatu yang menakjubkan Min menyukai tulisan cantik yang sering melingkari papan hitam di hadapan kelas. selain itu, cikgu roslan pandai menggunakan kelebihan beliau menulis dgn tangan kiri dan kanan.

Wednesday, 19 February 2014

Pendahuluan


Min Zehra - perempuan kampung yang dilahirkan dalam keluarga peneroka di kawasan Felda. Seorang perempuan yang ringkas tetapi inginkan kehidupan yang sempurna. Dia mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dalam setiap aspek kehidupan. Bertungkus lumus untuk berjaya sehingga dia mampu berdiri di kaki sendiri. Berpandangan jauh serta optimis dalam apa yang direncanakan dalam hidupnya.

Zain Fahri - anak tunggal daripada pasangan suami isteri yang hidup juga sederhana. Bapanya seorang guru, ibunya hanya berniaga dari rumah. Dibelai manja sedari kecil sehingga kehadiran adik perempuan tunggalnya. Mempunyai badan sasa dan menjadi idaman para gadis di usia remajanya. Berperwatakan aneh dan gemar bersendirian. Kurang berbicara namun mempunyai sepasang mata yang pandai berkata-kata.

Berjayakah cinta mereka hingga ke akhirnya? Badai apa yang melanda sehingga Kisah percintaan pertama yang tidak menemui jalan kebahagiaan, terputus di tengah jalan di antara kerjaya dan percintaan?

*********************************

Penulisanku,

Annur Rhea