Jarang sekali Mak Ai mengejutkan anak gadisnya untuk ke sekolah. Dari kecil, Min terbiasa berdikari untuk mengikut Maknya ke kebun.
Seusia 2 bulan, Min telah biasa dengan gigitan nyamuk, libasan tajam si lalang liar dan di tinggal di tengah kebun.
Kesian mak, fikirannya menerawang.
Dah siap Min? Mak da sediakan sarapan di atas meja.
Sebagai anak yang tak pernah melawan kata ibu yang mengandungkan selama 9 bulan, Min tak pernah mengungkit jika hanya lempeng berinti gula menjadi alas perut sebelum ke sekolah.
Lincah... Genit... Itulah Min Zehra.
Min lebih suka ke sekolah berbanding waktu cuti di rumah. Hatinya sentiasa teruja untuk ke sekolah kerana Min ingin melupakan parut tali pinggang dan kesan tendangan yang berbekas di hati.
Ah fikiran ini masih dihantui. Persetankan.
Bas dah nak sampai tu, cepat sikit.
Baik mak. Tangan yang kasar dan pipi lembut itu dicium.
Damainya, Min sayang mak, terluah di dalam hati kecilnya.
tak cukup masa berdrama, Min berlari mendapatkan bas.
7.30 pagi...
Berlari pula dari bas stop ke sekolah. Tetapi tidak pernah mengeluh.
Sejak awal Min masuk kelas 1B bersama-sama teman rapat,
segalanya nampak normal. Min duduk di barisan paling hadapan di tepi pintu.
memudahkan pelajaran menusuk di otak yang sedikit lambat.
Hampir dua bulan, Tiba-tiba jiwa remajaku seakan tidak
enak apabila terasa ada mata nakal memerhati.
Kot ye pun kan jangan lah pandang macam tu, kata Min dalam hati.
Gangguan sungguh. setiap kali mata nakal itu memerhati, Min seakan tidak selesa
dan terus mencuit temannya, Khai.
Khai, mamat tu pandang kau la. Dia nak ngorat kau, kata Min tanpa
rasa bersalah.
Beriyalah minah ni pusing belakang kerana Min pun tak tahu mamat
ni pandang siapa.
Di kalangan teman--teman, Min seorang yang suka menggusik.
Kadangkala Min dianggap
ketua geng yang suke nyakat orang tetapi gayanya dalam lembut tetapi keras hatinya.
Berlalu selama 2 minggu Min biarkan perkara ni berlanjutan.
lantak pi la dengan mamat mata nakal tu yang sering buat aku tak selesa, Kata Min.
Jika ada garfu di tangan pasti akan ku cungkil matanya.
No comments:
Post a Comment