The Power of Love

The Power of Love

Thursday, 20 February 2014

Bab 2 - Takdir Ini

Min tidaklah seperti remaja yang lain. Dibenarkan keluar rumah hingga ke lewat malam. Masa yang ada jika tidak di sekolah, Min habiskan di bilik peribadi kerana Min salah satunya anak perempuan dalam keluarga. nak kata dimanja tidak juga.

kerna sejak kecil Min dipukul hingga tangisannya menjadi tak bernilai. bila mak bapak ke kebun, jika Min berjalan ke rumah jiran perempuan bermain pondok pondok, balik rumah pasti tendangan dan tali pinggang hinggap di badan dipukul oleh abang-abangnya. Min dianggap pemalas kerana jika tidak melakukan kerja kerja rumah seperti membasuh pinggang atau menyapu.

Sakit... sakit, rayuan Min.

Tetapi ia tidak diendahkan.

Ah, da biasa tubuh kecilku dihenyak, tulang belakangku disepak. seperti aku bukanlah dari daging mereka.

Aku hanya berdiam.



dendam yang bakal aku bawa hingga tiba titik akhir hidupku, kata hati kecilnya. 

Pernah suatu ketika umur Min 10 tahun, tika dia bermain masak-masak pasir di belakang rumah, Min dipanggil dan sesampai di rumah.

Kau nak jadi bohsia ke? 

Dah tak reti nak duduk rumah?

Berjalan je kau, katanya abangnya.

Disergah sebegitu menyebabkan Min terdiam kaku. 

Sekali lagi badan yang agak kecil diselar dengan tali pinggang.

Dosa apakah anak kecil sepertiku dipukul seperti ini, rintihnya di dalam hati.

Dipanggil bohsia yang kerjanya hanya berkeliaran di luar rumah. hidup Min sedari kecil tidak seperti kanak-kanak lain. selepas habis mak berpantang Min dibawa ke kebun kerana dia hanya menyusu badan. tika mak menoreh Min di tinggal di tengah kebun getah di dalam buaian.

dunia kecilnya yang tak mengerti apa-apa sehingga ubat nyamuk lingkar menjadi makanan tika lapar menunggu mak siap menoreh.

anak-anak sekarang merasa gigitan nyamuk dan agas sepertiku.

Ah persetankan.


No comments:

Post a Comment